Followers

ORDER FORM

ORDER DISINI..;) p/s:sila chek dengan betul email yang anda masukkan pada email address
NAMA:
Email Address:
ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN:
POSKOD:
NO TELEFON:
PESANAN(sila catatkan kod/nama produk dan kuantiti yang anda ingin pesan):
CARA BAYARAN: transfer via maybank2u
cash deposit maybank
transfer via cimbclicks
cash deposit cimb
western union
SAYA AKAN BUAT BAYARAN DALAM MASA: 10minit selepas asmani reply email
1hari selepas asmani reply email
Choose Your Preferred Shipping Method: POS LAJU SEMENANJUNG
POS LAJU SBH&SRWK
note(jika terdapat apa2 pesanan):

SELEPAS KLIK SUBMIT ORDER, SILA TUNGGU REPLY ORDER DARI SAYA. TERIMA KASIH ;)


This contact form was created by Freedback.

Wednesday, October 2, 2013

bagaimana nak memulakan perniagaan online???

assalamualaikum...

saya memulakan perniagaan secara atas talian atau perniagaan online bermula tahun 2008, masa tu saya masih lagi belajar di salah sebuah universiti tempatan. uniMap. masa tu saya di tahun 2, kejuruteraan bahan. saya bukan lah dikategorikan seorang yang pandai... dan bukan seorang yang rajin membaca... pergi kelas balik kelas, buat asignment, dan kalau exam, esok nak exam malam ni baru la saya study... (tolong jangan tiru) amalan ini ya.... saya banyak masa terluang ketika tu walaupun ambik kursus kejuruteraan. kalau fikir-fikir kursus tu mesti la sibuk kan.... saya bukan seorang yang suka berpersatuan, bukan seorang yang suka bersukan jugak... tapi saya suka berkawan... walaupun bukan sekelas atau bukan satu course, saya suka tegur-tegur, senyum, buat macam kenal jer....

nak dijadikan cerita, saya bermula dengan shoping online ni sebab saya nak beli barang dengan amway... jadi terpaksa beli online... masa tu masih tak ada online akaun... 

nasib saya baik, ada seorang kawan yang pandai tunjuk ajar macamana nak buat maybank2u, nama kawan saya tu azrin aka angah...(rindu pulak bila sebut nama dia) sbb dah lama tak jumpa...

jadi lepas kelas saya dan angah ke maybank dan aktifkan maybank2u . dulu kena aktifkan sendiri kat atm tau. sekarang ni lagi senang proses dia.... 

jadi first step untuk berniaga atas talian ialah kena buat maybank2u dan cimbcliks dulu ya.... benda ni penting untuk chek bayaran pelangan dan bayar stok kepada pembekal. biasa nya 2 benda ni la yang di buat hari-hari bila menceburkan diri dalam perniagaan atas talian...

selain maybank2u dan cimbcliks, akaun paypal juga mesti ada. tapi tak de pun tak pe yang ni.... paypal digunakan jika pelangan kita ingin membuat bayaran melalui kredit kad, pelangan dari luar negara yang tak de perkhidmatan maybank dan cimb. contohnya, produk yang anda ingin jual harga nya mahal, customer nak bayar guna kredit kad, jadi mesti guna paypal... macamana nak aktifkan paypal? anda hanya perlu melayari www.paypal.com dan ikuti langkah-langkah yang paypal arahkan. charge rm10 dikenakan semasa pertama kali aktifkan akaun paypal, tetapi akan di masukkan balik dalam akaun anda...

ok selain daripada paypal, anda boleh juga menggunakan khidmat western union untuk menerima bayaran dari pelangan anda...khidmat western union boleh didapati di pejabat pos terpilih dan bank-bank yang terpilih. western union ni guna nya untuk pelangan anda luar dari malaysia yang tak de khidmat maybank atau cimb, yang nak bayar secara cash. jadi anda mesti memberikan nama, alamat, dan nombor ic anda kepada pelangan untuk digunakan semasa memasukkan duit kepada anda di western union.... pihak western union akan memberikan satu kod, dipanggil nombot MTCN. nombor MTCN ini sangat  penting untuk anda untuk ambil bayaran dari pelangan anda dari perkhidmatan western union...semasa mengambil bayaran, pihak western union tidak mengambil charge apa-apa dari anda...jadi, dengan adanya perkhidmatan western union, anda boleh menjual produk anda walaupun pelangan anda berada di kutub selatan dan anda berada dikutub utara sekali pun. itu pun kalau ada kurier servis yang nak hantar sampai ke dua kutub ni....

ok hari ni kita belajar cara bayaran dulu... esok bersambung lagi dengan jenis produk yang anda nak pasarkan.... jadi kalau yang nak mula kan perniagaan atas talian, kena ada dan tahu benda ni dulu ya....