Followers

ORDER FORM

ORDER DISINI..;) p/s:sila chek dengan betul email yang anda masukkan pada email address
NAMA:
Email Address:
ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN:
POSKOD:
NO TELEFON:
PESANAN(sila catatkan kod/nama produk dan kuantiti yang anda ingin pesan):
CARA BAYARAN: transfer via maybank2u
cash deposit maybank
transfer via cimbclicks
cash deposit cimb
western union
SAYA AKAN BUAT BAYARAN DALAM MASA: 10minit selepas asmani reply email
1hari selepas asmani reply email
Choose Your Preferred Shipping Method: POS LAJU SEMENANJUNG
POS LAJU SBH&SRWK
note(jika terdapat apa2 pesanan):

SELEPAS KLIK SUBMIT ORDER, SILA TUNGGU REPLY ORDER DARI SAYA. TERIMA KASIH ;)


This contact form was created by Freedback.

Thursday, October 10, 2013

kedai online yang anda mesti ada.

assalamualaikum.... 
lamanya ambik masa nak sambung pada entry ke dua..... 2 minggu lepas saya berpeluang menyertai seminar Intensif  jutawan industri, di dalam seminar tersebut saya diajar 6 pillar yang membolehkan kita bergelar jutawan industri. pada hemat saya, Dr Azizan Osman betul-betul membasuh minda saya untuk jadi jutawan. kalau diikutkan memang besar nilai satu juta.. tetapi jika ada mentor, ilmu dan tindakan, ia tidak mustahil... kita mesti berkongsi,.... semangat berkobar- kobar berkongsi dengan anda semua apa yang saya tahu... 

hari ni, seperti saya kena paksa menulis apa yang saya tahu.... pagi-pagi dapat mesej dari saudara saya yang baru nak start bisnes online. tapi tiada modal besar, tiada pengalaman, tetapi ada keinginan yang membara.....

sebelum ni saya dah tulis jenis-jenis akaun yang perlu anda ada untuk custmer buat bayaran dan anda buat bayaran kepada suplier...

hari ni kita sambung kedai online yang anda mesti ada. 

saya memula kan perniagaan online bermula dari 2008, semasa menuntut di Unimap. kedai pertama saya ialah di facebook saya sendiri. masa tu keinginan nak kurus sangat tinggi, saya tekad nak cuba satu produk kurus ni, boleh tengok kat tepi blog saya ni, penah masuk metro, masuk sinar harian... wahhh gitu..

saya bermula tanpa modal. betul-betul tanpa modal. cuma pandai upload gambar di facebook dan google khasiat produk. dan copy & paste jer.... masa tu belum kurus lagi.... tapi terdetik rasa ketika itu, apa salahnya jika aku jual? boleh kongsi dengan org lain yang nak kurus jugak... jadi produk pertama saya ialah produk kurus.

sebelum memulakan perniagaan, apa yang mesti anda ada adalah niat. niat penting. niat bukan hendak kaya semata-semata. jika anda niat nak kaya, confirm bisnes akan terhenti separuh jalan. anda akan rasa tamak. dan rasa tak sabar.

niat untuk membantu org lain dengan produk atau servis yang anda tawarkan. 
niat untuk memberi nilai kedalam hidup orang lain dengan produk anda... In shaa Allah Allah akan mempermudahkan jalan kita. Membantu tidak semestinya percuma... 😄

ok apa yang mesti anda buat ialah, buat satu page, tak de nama perniagaan atau nama kedai pun tak apa...

gambar profile mestilah gambar anda sendiri, bukan gambar kucing, bukan gambat baby, bukan gambar nenek anda..tapi gambar anda sendiri... di ruangan about anda mesti masukkan no telefon, dan alamat kalau boleh. ini adalah untuk memberi kepercayaan kepada customer yang nak dapatkan produk anda... nama page kalau tak de nama kedai letak la nama yang anda rasa menarik. kalau jual ubat kurus, letak nama "kurus dalam masa 5 har", jika jual skincare, letak nama "kulit gebu dalam masa 7 hari"....

buat album khas untuk produk. jika ada testimoni masukkan testimoni... testimoni ialah di panggil history marketing. history marketing ni sangat berkesan dalam menarik minat custmer untuk mencuba produk kita.

selain dari facebook, anda mesti ada blog. blogspot atau wordpress. ini juga percuma... blog anda mestilah ringkas, ada personal details anda, ada gambar anda sendiri. tak perlu la hias cantik-cantik sehingga lama-lama tengok jadi macam serabut. letak theme yang simple. tak perlu masukkan lagu bagai... 
info produk mestilah ringkas dan menarik. entry di blog tentang produk update sehari sekali atau dua hari sekali... 

selain blogspot, medium yang boleh iklan produk secara percuma ialah di web iklan percuma. anda boleh search di google "iklan percuma malaysia", masuk web tersebut dan iklankan sebanyak mungkin.  

bersambung.....
sape nak tahu lagi tinggalkan komen "saya nak tahu"

3 comments:

Anonymous said...

Saya nak tahu

Intan Syafiqa said...

saya nak tau

Anonymous said...

saya nak tahu