Followers

ORDER FORM

ORDER DISINI..;) p/s:sila chek dengan betul email yang anda masukkan pada email address
NAMA:
Email Address:
ALAMAT UNTUK PENGHANTARAN:
POSKOD:
NO TELEFON:
PESANAN(sila catatkan kod/nama produk dan kuantiti yang anda ingin pesan):
CARA BAYARAN: transfer via maybank2u
cash deposit maybank
transfer via cimbclicks
cash deposit cimb
western union
SAYA AKAN BUAT BAYARAN DALAM MASA: 10minit selepas asmani reply email
1hari selepas asmani reply email
Choose Your Preferred Shipping Method: POS LAJU SEMENANJUNG
POS LAJU SBH&SRWK
note(jika terdapat apa2 pesanan):

SELEPAS KLIK SUBMIT ORDER, SILA TUNGGU REPLY ORDER DARI SAYA. TERIMA KASIH ;)


This contact form was created by Freedback.

Sunday, March 6, 2011

MACAMANA NAK PILIH WARNA BEDAK YANG SESUAI.

assalamualaikum ..
ramai yang tak tahu dan was-was bila nak pilih kaler yang sesuai dengan tone kulit wajah masing-masing..jadi kat bawah ni adalah gambar warna bedak.warna bedak dalam gambar ni memang sebijik dengan warna sebenar.sebab gambar nya jelas.


kod 01(creampeach)-untuk kulit putih kemerahan.contoh artes kulit macam nora danish.atau kulit chinese sikit.
kod 02(sawoyellow)-untuk kulit putih kuning.contoh artes macam pelakon drama nora elena atau sawoyellow ni saya biasa guna untuk highlight dibawah mata.untuk tutup lebam bawah mata.
kod 03(natural buff)-ni warna kebanyakan kulit org melayu.untuk kulit sawo matang..kulit ala2 liyana jasmay,fara fauzana fafau boleh guna warna ni.
kod 04(honey)-warna honey ni untuk kulit hitam manis macam vanida imran,sheryl samad boleh ambik honey.....
kod 05(Mocha)-saya tak syorkan ambik ni sebab terlalu gelap.leh jadi kulit negro nnti kalau pakai satu muka.kalau nk buat shading bawah dagu boleh la-tp yg ni soldout ya.

senang kan nak sesuaikan warna dengan kulit sebab ada banyak pilihan warna.jadi tak ada masalah lagi kan lepas ni bila nak pilih warna yang sesuai..atau kalau mintak saya tolong suggest warna yang suitable,boleh add facebook saya dan tag nama saya di gambar anda.insyaallah saya akan berikan yang terbaik untuk kamu semua...terimakasih atas sokongan.;)


created by asmani

Friday, March 4, 2011

Ape benda tu hydroquinone?????

Hari ni tak dek kelas....Dok je melangut depan laptop.nak sambung buat report projek akhir pon dah malas nak baca jurnal.Jadi rasa macam gatal je tangan nak tulis entry baru.Walaupun blog ni adalah blogshop,tak sesuai nk merepek panjang-panjang kan. saya cuma nak kongsi sikit tentang research projek akhir saya tentang kajian  Hidrokuinon dalam kosmetik..Mesti ramai tak tau ape itu Hidrokuinon kan.

Ape benda tu hydroquinone??

Hidrokuinon ni sejenis bahan kimia pemutih yang digunakan sebagai ajen pemutih.Ia banyak digunakan dalam cecair pencuci atau klorox. Dalam sesetengah produk penjagaan wajah pun ada kandungan hidrokuinon. Ia bertujuan untuk mempercepatkan proses pemutihan kulit wajah.Tapi kesannya sangat merbahaya kepada pengguna..kulit wajah akan menggelupas dan bila terkena cahaya matahari akan berlaku pigmentasi.kenapa berlaku macam tu?sebab hydroquinone ni terhasil daripada formula molekul C6H4(OH)2 atau Benzene-1,4-Diol.Ia nya hasil terbitan Benzenedan bersifat karsinogen(penyebab kanser kulit). .Benzene ialah salah satu kumpulan petroleum.Hanya sedikit kuantiti dimasukkan dalam kandungan kosmetik akan memberikan kesan buruk kepada pengguna.Kesan sampingan jangka panjang seperti kanser,gila dan sebagainya.


Penggunaan hydroquinone dalam kosmetik berleluasa di negara asia terutamanya indonesia,thailand,dan Malaysia jugak tidak terkecuali...Terlalu banyak jenama produk kosmetik pemutih di Malaysia yang mengandungi hydroquinone. Sample yang saya guna untuk kajian projek tahun akhir terdiri dari produk-produk yang pernah disita kerana mengandungi hydroquinone. Bila buat testing menggunakan Fourier Transform Infra Red(FTIR),so kita boleh tahu daripada bacaan graph menunjukkan didalam kandungan kosmetik berkenaan terdapat kandungan hydroquinone.


kat bawah ni saya upload keratan-keratan artikel berkenaan produk yang mengandungi hydroquinone.

Harian Metro (3 September 2010) mukasurat 6
Harian Metro (28 Januari 2011) mukasurat 58


Harian Metro (11 Jun 2010) mukasurat 9


Harian Metro (11 Jun 2010) mukasurat 9

Berita Minggu (15 Ogos 2010) mukasurat 1


Berita Mingguan (15 Ogos 2010) mukasurat 2

Harian Metro (3 September 2010) mukasurat 1


Utusan Malaysia (5 Mac 2010) mukasurat 5

ok cantik-cantik sekalian lepas ni kalau nak pilih produk penjagaan wajah mesti lah pilih betul-betul.Dan kalau sekarang ni tengah menggunakan produk yang disenarai hitam tu elok la berhenti.walaupun selepas berhenti dari penggunaan akan mengalami masalah kulit,tapi sementara je.lepas tu Insyaallah kulit akan elok balik.pilih la produk yang betul-betul selamat.Alhamdulillah produk yang saya jual kat sni bebas dari kandungan hydroquinone.seperti produk ronasutra tu saya pon guna sendiri.ok setakat ni je dulu n3 kali ni..projek akhir pon in progress lagi.belum berjaya sepenuhnya.dalam tempoh menyiapkan thesis.Doakan saya ya..;)


 created by asmani

Monday, February 28, 2011

CONTEST BINTANG RONASUTRA!!!



Assalamualaikum ladies and girls..;) ♥ ♥ ♥
contest Bintang Ronasutra ni saya buat untuk menghargai jasa baik pelangan saya yang bertuah untuk memenangi hadiah produk ronasutra. contest ni terbuka kepada ladies and girls yang pernah membeli produk ronasutra dgn saya.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1)Perempuan 2)Mempamerkan bedak ronasutra pada gambar(rujuk contoh gambar dibawah) 3)terbuka kepada pelangan siti asmani sahaja 4)Hantar gambar seperti contoh dibawah menggunakan kretiviti sendiri.gambar sebelum dan selepas menggunakan bedak ronasutra

Sunday, February 27, 2011

makeup dinner

Petang tadi saya ada terima tempahan makeup dari sorang student bioproses.Pusat Kejuruteraan Bioproses ada buat dinner malam ni untuk pelajar tahun akhir...jadi orang dah minta tolong makeup kan saya sambut la dengan tangan terbuka dan dada yang lapang.hehe.walaupun tak de bayaran mahal,tp sebabkan saya minat,saya sangat suka.buat setakat yang termampu.dan si Diedie ni ada la bagi bayarannya.saya terima dengan senyum simpul.lagi pun memang saya sangat suka make-up kan orang.hihi..Thanks Diedie sebab bagi gambar di paparkan kat blog saya ni.;)

Taraaaaa....ni dia hasil nya...


Make-up macam ni tak susah sangat.Tak perlu bermain dengan banyak warna.lagipun sekarang ni bukan trend solekan yang macam burung merak,warna warni.Warna biar natural tapi menarik.

Untuk seluruh wajah, saya pakaikan foundation loreal true match.dan satu lapis bedak tabur mineral foundation ronasutra creampeach(01). 

Untuk hilangkan kesan lebam dibawah mata, saya letak bedak ronasutra warna sawoyellow(02).pakai kan dengan cara dap-dapkan dengan guna berus concealer.

apply sekali lagi bedak ronasutra warna creampeach pada seluruh muka menggunakan berus lembut.biar sapuan sekata dan nampak flawless...

dah selesai solekan asas, apply eye shadow.Ini yang saya focuskan. bahagian bawah tulang kening, saya apply warna cream shining.biar nampak timbul. dan pada kelopak mata saya letak warna coklat keemasan.di hujung kelopak mata sedikit warna hitam untuk nampakkan mata sedikit galak.;)..eyeliner pulak saya pilih yang ada glitter.jadi mata nampak lagi bundar dan besar.sesuai pada waktu malam.

bibir saya apply warna soft pink.biar nampak manis dan lembut.Itu saja untuk entry kali ni..selamat mencuba..;)

Saturday, February 12, 2011

CONTEST BINTANG RONASUTRA


Assalamualaikum ladies and girls! ♥ ♥ ♥

CONTEST BINTANG RONASUTRA diadakan adalah untuk menghargai pelangan yang membeli produk ronasutra dgn saya.pelangan yang bertuah yang menyertai contest ni akan mendapat hadiah sngt2 menariks..;)
hadiahnya mestilah produk ronasutra kan!!!so sape2 nk dapat ronasutra free boleh la join contest ni.mane la tau boleh menang kan.;)

ok syarat-syarat CONTEST BINTANG RONASUTRA ialah seperti berikut:-

1)ladies or girls sahaja
2)follow this blog.klik follow pada sebelah kiri blog
3)terbuka kepada pelangan siti asmani sahaja.(pernah membeli produk ronasutra dgn saya)
4)pemenang dipilih berdasarkan undian terbanyak (nnti kita cerita mcmana cara nk undi)
5)Hantar gambar seperti contoh dibawah menggunakan kreativiti sendiri.mestilah mempamerkan bedak ronasutra.gambar mestilah sebelum dan selepas menggunakan bedak ronasutra.;)



CARA-CARA NAK HANTAR GAMBAR
1)ambil gambar sebelum dan selepas menggunakan ronasutra
2)cantumkan menjadi satu seperti gambar diatas
3)attach kan ke email
4)email ke mohasmani@gmail.com
5)sertakan butiran berikut:
nama:
umur:
alamat:
no telefon:
pendapat anda tentang ronasutra:
(alamat & no telefon anda akan dirahsiakan)
6)tempoh menghantar gambar bermula 14/2/2011 sehingga 15/3/2011

CARA-CARA MENGUNDI PESERTA CONTEST!!
undian bermula 15/3/2011 sehingga 30/3/2011
1)follow this blog-klik follow pada sebelah kiri blog
2)komen dibawah post "SAYA UNDI (NAMA PESERTA)"-contoh;- saya undi sofea.

selamat mencuba!!!;)

Wednesday, February 9, 2011

Tipss make-up menggunakan RONASUTRA mineral foundation


assalamualaikum..
sy nk kongsi sikit tips mekap guna ronasutra mineral foundation ni..sy pun tak pandai sngt make-up cantik2..tp boleh la sekadar nk gi jejalan dan dinner..hehe;)

sebelum tu nk introduce sikit about ronasutra mineral foundation ni. Ia didatangkan dlm bentuk serbuk yang sngt halus dan mulus.di proses dgn begitu halus sekali. bedak ni diperbuat dari 100% tanah galian asli & bahan mineral terpilih untuk melindung, merawat dan merapi wajah kita.bukan sekadar make-up tp merawat dan melindung sekali.kira 3 in 1 la..;)..hebat kan.

post yg lepas sy dh listkan warna dan contoh artis untuk disesuaikan dgn warna yg suitable.so tak de masalah lagi untuk memilih warna yang bersesuaian kan...tp sy lebih suka guna dua warna sekaligus time make-up....hehe. sy guna warna sawo yellow(o2) pada seluruh wajah dan sapu sedikit warna natural buff(03) pada tulang pipi dan rahang.boleh jugak kalau nk guna warna honey(04)...

ok now jom kita make-up;)

first skali buka penutup bedak dan kita akan dapati 4 lubang kecik yang ditutup sticker kan.bukak sticker tu dan tuang sedikit bedak ke dlm penutup bedak.baru la jimat...;)

ok,sebelum tu wajah mestilah dibersihkan terlebih dahulu..letak moisturaiser pada 5 bahagian muka iaitu dahi,kedua belah pipi,dagu dan hidung.5 titik shj dan sapu rata pada wajah.moisturaiser ronasutra ni cepat menyerap pada wajah dan anda tak perlu tunggu lama untuk pastikan ia betul2 menyerap pada wajah.

kemudian sapu bedak ke wajah dgn cara tekan sedikit demi sedikit bedak ronasutra dan ratakan dengan cara sapuan ke bawah. ulang langkah ini untuk mendapatkan kesan sapuan bedak yang lebih tebal. guna span tiga segi atau powder puff untuk menekan bedak pada wajah dan kemaskan sapuan bedak menggunakan berus lembut.

ok selesai solekan asas kita....boleh la smbung makeup pada bahagian mata pula. setiap kali make-up,sy highlight kan pada bahagian mata kerana,disinilah aura kita..hehehe..konon2 nye lah.;P

beralih pada bahagian mata,pemilihan pembayang mata warna coklat terang atau warna coklat keemasan selalu menjadi pilihan saya..untuk dapatkan solekan mata yang lebih menarik sapu warna yang lebih gelap pada hujung mata,untuk dapatkan mata yang lebih bundar gunakan ayeliner dan sapu maskara pada bulu mata agar nmpak lentik dan tebal.pilihan eyeshadow dan eyeliner sy pilih maybeline.:)

bibir pula pilihan sy warna-warna pastel sperti soft pink, pich dan kdg2 pelembab bibir sahaja..hehehe.

ok itu sahaja tips mekap nk kluar jalan2..hehe



its me..abaikan tangan yg gelap.hehe;P






Monday, January 31, 2011

promosi ronasutra

cream peach-untuk kulit putih kemerahan(nora danish)
sawo yellow-untuk kulit putih kuning(sazzy falak)
natural buff-untuk kulit sawo matang(fauziah gous)
honey-untuk kulit hitam manis(vanida imran)
penggunaan bersama moisturaiser adalah lebih bagus.melicinkan kulit dan memutihkan kulit wajah.bebas dari bahan kimia yg boleh menyebabkan kerosakan tekstur kulit.moisturaiser boleh digunakan pada siang hari dan malam.

cara penggunaan:
langkah 1-cuci muka sebersihnya
langkah 2-letak moisturaiser pada 5 titik muka iaitu dahi,hidung,kedua belah pipi dan dagu.ratakan ke seluruh wajah.
langkah 3-sapu bedak menggunakan berus lembut atau span(powder puff).buka penutup dan tuang sedikit bedak ke dalam penutup dan sapu menggunakan berus pada muka.sapuan mestilah mengikut arah tumbuhnya bulu halus pada muka...;)